JOHOR BAHRU, 21 Mei 2013 - Universiti Teknologi Malaysia (UTM) terus melakar kecemerlangan dalam bidang inovasi apabila memperkenalkan produk yogurt berasaskan kelapa yang diilhamkan pensyarah kanannya, Dr. Harisun Yaakob.
Produk terbaru yang menjalani proses penyelidikan selama tiga tahun itu merupakan produk yang julung-julung kali diperkenalkan dalam pasaran Malaysia.
"Co-gurt ini adalah yang pertama di negara ini iaitu penghasilannya daripada santan kelapa dan juga bebas daripada bahan tenusu", katanya.
Beliau ditemui ketika sidang akhbar memperkenalkan Yogurt Kelapa (Co-Gurt) di Pusat Pembangunan Bioproduk, UTM di sini semalam.
Menurutnya, Co-Gurt tersebut mengekalkan keaslian bahan utamanya dan bebas tenusu serta bahan-bahan tiruan yang membahayakan kesihatan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan