Sabtu, 18 Mei 2013

Kereta Mercedes S-Class boleh bergerak sendiri

ZETSCHE duduk di ruang pemandu kereta tersebut.

 

HAMBURG, 17 Mei 2013 - Model baru kereta Mercedes S-Class yang dilancarkan di sini pada Rabu lalu boleh bergerak secara automatik ketika berlaku kesesakan jalan raya.

 

Menurut akhbar The Sun kelmarin, Ia boleh bergerak menerusi pemanduan automatik pada kelajuan 48.28 kilometer sejam ketika kesesakan jalan raya

 

Kereta itu turut mempunyai sistem brek yang boleh berfungsi secara automatik apabila ia mengesan pejalan kaki atau kenderaan yang berada di hadapannya.

 

Ia juga mempunyai kamera yang dapat mengesan bonggol di depan kereta itu.

 

Kereta itu mungkin dijual pada harga antara £65,000 (RM298,244) hingga £170,000 (RM780,024). - Agensi

 

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan