Jumaat, 17 Mei 2013

Cipta robot gergasi dengan kos 150,000 yuan

XIANGLI membetulkan litar elektrik pada robot ciptaannya di dalam rumahnya di Beijing kelmarin.

 

BEIJING, 16 Mei 2013  - Seorang pencipta amatur, Tao Xiangli mencipta sebuah robot yang diperbuat daripada barang-barang kitar semula dan wayar elektrik di rumahnya di sini.

 

Dia membelanjakan kira-kira 150,000 yuan (RM73,427) dan menghabiskan masa selama lebih 11 bulan untuk membuat robot tersebut.

 

Barang-barang itu dibeli dari kedai yang menjual barang-barang terpakai.

 

Menurut media tempatan, robot itu setinggi 2.1 meter dan seberat 480 kilogram. - Reuters

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan