LONDON, 20 Mei 2013 - Seorang bekas tentera yang juga juruterbang helikopter telah dinamakan sebagai warga tempatan pertama yang menjadi angkasawan dan dijadualkan berlepas ke Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS).
Major Tim Peake, 41, akan berlepas ke ISS pada November 2015 bersama lima krew lain sekali gus menjadi warga British pertama menjelajah ke angkasa dalam misi selama enam bulan yang dibiayai oleh kerajaan.
"Misi ke ISS merupakan peluang berharga, terutama sekali bagi warga Eropah demi kemajuan ilmu sains serantau termasuk di UK," kata Peake yang dipilih setelah mengetepikan lebih 8,000 pesaing.
Manakala Perdana Menteri, David Cameron berkata hari ini sebagai momen bersejarah bukan saja bagi Tim Peake, malah seluruh warga Britain.
Angkasawan kelahiran British sebelum ini pernah menjelajah orbit sebagai rakyat Amerika Syarikat melalui Pusat Kajian Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) ataupun dengan pembiyaan yang ditanggung oleh pihak swasta dengan bantuan pihak Russia. - AFP
Tiada ulasan:
Catat Ulasan