Diceritakan bahawa Abu Jahal pernah berdoa di hadapan Kaabah sebelum berlakunya Peperangan Badar. Pada waktu itu dia berdoa dan katanya, "Ya Allah Ya Tuhanku, hapuskanlah Muhammad pada pagi ini. Hapuskanlah dia, orang yang memecah-belahkan perpaduan rakyat Arab".
Nampaknya walaupun dia begitu membenci agama Islam tapi dia tetap berdoa kepada Allah.
Tapi apalah nasib si Abu Jahal yang hanya pandai menyebut kalimah Allah dibibir tapi tidak mengaku keesaan-Nya di hati dan dalam bentuk perbuatan. Sama jugak macam jugak kita yang pandai menyebut kalimah Allah, sembahyang tunggang-terbalik, dengar ceramah agama tiap-tiap minggu, tapi penghayatan takde. Zero! Apakah kita pun sama macam Abu Jahal? Fikirkan!
Akhirnya dalam peperangan tersebut Abu Jahal telah mati dibunuh dan mayatnya telah dicampak ke dalam telaga buruk bersama pengikut-pengikutnya yang gugur. Hinanya Abu Jahal ini sampaikan tidak layak baginya kubur dan batu nisan. Masya-Allah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan