Khamis, 8 September 2011

CUKUR MISAI


Sekiranya anda seorang yang alah pada alergi, anda mungkin ingin menimbangkan kemungkinan mencukurnya.

Satu kajian menunjukkan kaum Adam yang mencuci misai mereka dua kali sehari akan mengurangkan penggunaan antihistamin dan ubat melegakan hidung yang tersumbat.

Sebabnya apabila misai dibersihkan, ini akan dapat menghilangkan perengsa yang melekat pada misai.

Seorang doktor dan penulis buku 'Beat Your Allergy' menyatakan: 'Seperti pakaian, kulit dan rambut, misai juga akan memerangkap perengsa sepanjang hari.

'Kaum lelaki yang mengalami demam alergi atau hay fever boleh menimbangkan langkah mencukur misai mereka untuk menentukan sekiranya terdapat perbezaan.

'Langkah ini lebih mudah dan efektif berbanding mengingati sekiranya misai anda telah dicuci dua kali sehari.' - Dailymail

Tiada ulasan:

Catat Ulasan