Rabu, 7 September 2011

32.5 juta rakyat Indonesia miskin


BANJARMASIN : Indonesia disifatkan sebuah negara kaya, tetapi entah di mana silapnya kira-kira 32.5 juta rakyatnya hidup dalam kemiskinan.

Penyelaras Pertubuhan Desa Sejahtera, Tejo Wahyu Jatmiko berkata, data tahun lalu menunjukkan 65.34 juta daripada 237.8 juta penduduk mengalami masalah tidak cukup bekalan makanan, sementara 32.5 juta daripada mereka hidup dalam kemiskinan.

Perkara itu tidak sepatutnya berlaku di republik ini kerana hasil tanaman lebih daripada mencukupi untuk setiap rakyatnya dan negara ini mempunyai banyak sumber asli.

Jelas beliau, Indonesia ada lebih 300 spesies tanaman yang boleh dibuat ubat, 800 tanaman makanan, 77 jenis tanaman yang menghasilkan karbohidrat, 75 jenis yang menghasilkan lemak atau minyak, 232 sayur-sayuran, 26 jenis kekacang, 116 jenis rempah dan 40 jenis tanaman menghasilkan minuman.

"Apabila dikira, sumber alam Indonesia menyediakan 3.907 kalori kepada setiap individu dalam masa sehari.


"Jumlah itu cukup untuk menjadikan setiap rakyat Indonesia gemuk," katanya. - Agensi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan