Khamis, 25 Ogos 2011

Tidak Mendapat Pahala Puasa Selain Dari Lapar Dan Dahaga

Daripada Abu Hurairah r.a. katanya bahawa Nabi s.a.w. bersabda: "Sesiapa yang tidak  meninggalkan  percakapan  bohong  dan  berkelakuan  buruk  sedangkan ia berpuasa,  baginya  tidak  ada  kelebihan  (pahala)  di sisi  Allah  selain dari lapar dan dahaga sahaja yang didapatinya."(al-Bukhari)
 

Huraian
1. Orang yang berpuasa sedangkan mereka tidak memelihara lidah (percakapan yang  tidak  baik)  dan  juga  masih  melakukan maksiat, tidak akan diberi pahala puasa oleh Allah selain mendapat lapar dan dahaga sahaja.
 
2. Puasa  yang  paling  bernilai  di sisi Allah S.W.T. ialah puasa orang yang dapat menahan  lapar  dan  dahaga  serta   menjaga  pancaindera  mereka  daripada melakukan maksiat dan dosa di samping menambahkan amal ibadat sepanjang mereka berpuasa.
 
3. Maka  amatlah  malang  dan  ruginya  bagi orang yang berpuasa, tetapi masih mengeluarkan perkataan-perkataan yang kotor memaki hamun dan sebagainya, sebagaimana  biasa,  sedangkan  ia  berpuasa, maka ia tidak mendapat apa-apa kelebihan atau pahala di sisi Allah S.W.T bahkan mendapat dosa pula.
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan