
Jurucakap syarikat GTC Biotherapeutics berkata, pengamal undang-undang memberi 'lampu hijau' kepada ubat ATryn yang dihasilkan menggunakan susu kambing yang telah diubahsuai bagi mengeluarkan lebih banyak antithrombin, sejenis protein yang berfungsi untuk mencairkan kepekatan darah.
Kelulusan itu dilihat sebagai langkah pertama membenarkan kemasukan ubat-ubatan baru yang tidak diperbuat daripada bahan kimia tetapi daripada organisma hidup yang diubahsuai oleh kumpulan saintis. Ubat-ubatan seumpama ini dipercayai akan berada di pasaran dalam masa beberapa tahun lagi bagi merawat beberapa jenis penyakit termasuk hemofilia.
FDA mengiktiraf ubat-ubatan itu kerana ia menolong merawat pesakit yang mempunyai gangguan atau kecacatan baka yang diwarisi daripada satu generasi ke generasi lain. Kecacatan baka itu menyebabkan pesakit kekurangan kandungan protein di dalam darah. Akibatnya, ia boleh meningkatkan kebarangkalian risiko mendapat darah beku.
Rawatan menerusi suntikan ini bakal disediakan di AS oleh Deerfield, sebuah syarikat farmaseutikal.
Secara bandingan, satu dalam 5,000 orang tidak menghasilkan protein antithrombin yang cukup dan menyebabkan darah yang mengalir ke bahagian paru-paru dan otak tersumbat lalu membawa maut. Wanita yang mengalami masalah ini mempunyai peratusan keguguran kandungan atau anak mati dalam kandungan yang tinggi.
Dalam pada itu, haiwan yang diubah secara genetik tidak sama dengan klon tetapi hanya bahagian asid deoksiribonukleik (DNA) yang diubah untuk melahirkan sifat-sifat tertentu. ATryn dihasilkan dengan memasukkan DNA protein antithrombin manusia ke dalam satu sel embrio kambing. Gen itu kemudian dimasukkan ke dalam rahim kambing betina untuk melahirkan kambing yang mengeluarkan susu berprotein tinggi. - kosmo!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan