PENYAKIT rabun tua memang menjadi fenomena dalam kalangan warga tua.
Mereka yang menghidapi masalah tersebut perlu memakai cermin mata khas yang harus digunakan setiap kali mereka membaca.
Namun, kini penyakit rabun tua boleh pulih sepenuhnya menerusi rawatan teknologi lasik yang canggih, Multifocal Lasik, daripada Pusat Optimax Lasik Singapura.
PAC atau Pseudo Accomodative Cornea bukan sahaja boleh merawat sakit rabun tua dengan berkesan, malah boleh merawat gangguan mata seperti myopia dan astigmatisme.
Rawatan Multifocal Lasik menggunakan sistem NAVEX, sebuah mesin NIDEK EC5000 Excimer.
Ia rawatan 'semua-dalam satu' yang boleh membetulkan penglihatan pesakit.
Menurut Dr Steve Seah, Pengarah Perubatan Pusat Optimax Lasik Singapura, rawatan ini sesuai untuk semua orang tidak kira umur.
'Saya mengesyorkan kepada sesiapa yang berminat agar tampil dan mencuba rawatan ini. Bagi mereka yang mempunyai penyakit rabun tua, ia boleh pulihkan penglihatan,' ujarnya semasa pelancaran di Pusat Perubatan Camden baru-baru ini.
Namun, Dr Seah berkata tidak semua pesakit sesuai dengan rawatan tersebut kerana ia memerlukan kornea yang tebal.
'Walaupun seseorang itu mempunyai penglihatan yang sempurna, jika korneanya tipis, orang itu tidak boleh melalui rawatan Multifocal Lasik,' katanya.
Dr Seah adalah pakar oftalmologi pertama menggunakan rawatan PAC Lasik di Asia sejak 2005. Sejauh ini, beliau sudah melakukan sekitar 2,000 rawatan Multifocal Lasik.
Beliau juga pernah ke Perancis untuk menjalani beberapa latihan rawatan lasik.
Kos rawatan Multifocal Lasik ialah $2,500 untuk satu mata. - cyberita
Tiada ulasan:
Catat Ulasan