Pentadbiran Budaya Warisan memberitahu halaman web People's Daily, lelongan di Paris berkenaan sepatutnya mematuhi peraturan dan persetujuan antarabangsa mengenai pemulangan barang berkenaan ke negara asal.
Ukiran berbentuk seekor tikus dan kepala arnab adalah sebahagian daripada koleksi seni milik pereka fesyen Perancis, Yves Saint Laurent.
Mereka menjual barang itu dengan nilai lebih 31 juta euro (RM145 juta) melebihi anggaran asal 8 juta (RM37 juta) hingga 10 juta euro (RM46 juta) setiap satu.
Christie dan rakan kongsi Saint Laurent, Pierre Berge berkata, jualan berkenaan adalah sah.
Pentadbiran khazanah China berkata, lelongan berkenaan akan membawa kesan berikutan ia menjejaskan hak kebudayaan dan perasaan masyarakat China.
"Ia memberi kesan serius mengenai perkembangannya di China," katanya.
China juga menekankan bahawa Christie perlu bertanggungjawab terhadap apa jua kesan daripada tindakannya meneruskan lelongan terbabit tetapi tidak menjelaskan bagaimana ia boleh menjejaskan negara itu. - Reuters
Tiada ulasan:
Catat Ulasan