Ahad, 1 Mac 2009

Bukti berlian milik Raja Perancis

GAMBAR fail menunjukkan berlian Hope yang dipamerkan di Muzium National Smithsonian, Washington

PARIS - Pakar-pakar Perancis kelmarin menyatakan mereka mempunyai bukti bahawa berlian Hope yang dipamerkan di Institut Smithsonia, Washington merupakan batu permata yang pernah dimiliki oleh Raja Louis XIV yang dicuri ketika tercetusnya Revolusi Perancis.

Menurut mereka, terdapat bukti baru di Muzium National Sejarah Semua Jadi di Perancis bahawa batu itu sama seperti yang pernah dimiliki oleh Raja Louis XIV.

Seorang pakar mineralogi, Francois Farges yang mengetuai satu siasatan dan hasil penemuan disiarkan dalam sebuah jurnal memberitahu dia kini pasti 99 peratus bahawa berlian Hope adalah juga berlian biru pada mahkota raja.

"Bukti itu menyokong satu senario di mana berlian itu selepas dicuri di Paris pada 1792 telah diseludup ke London dan dipotong," katanya.

Berlian biru itu berasal dari batu seberat 115.6 karat yang ditemui di Golconda, Hyderabad, India.

Pada pertengahan abad ke-17, seorang pengembara Perancis, Jean-Baptiste Tavernier telah membeli batu permata dari pemerintah Golconda dan menjualnya kepada Raja Louis XIV.


Raja itu kemudian mengarahkan seorang tukang emas, Sieur Pitau untuk membentuk batu itu yang kemudian menjadi seperti saiz telur burung merpati dan seberat 69 karat. - AFP

Tiada ulasan:

Catat Ulasan