Ia mencatat rekod harga tertinggi bagi barang kesenian Islam dalam acara lelong. Rekod sebelum ini ialah kepala air pancur gangsa dari abad ke-10 Sepanyol, yang dijual dalam acara lelong firma Christie's pada harga £pounds 3.6 juta pada 1997.
Jurucakap bagi Sotheby's berkata: 'Sotheby's dan pemberi konsain telah memutuskan untuk membatalkan penjualan itu bagi membolehkan penyelidikan dan analisis saintifik dijalankan lebih lanjut.'
Sebelum ini, kunci Kaabah itu dipercayai satu-satunya yang berada dalam pegangan orang perseorangan.
Pada kunci Kaabah itu, yang pada satu masa dulu merupakan lambang kekuasaan, terukir kata-kata 'Kunci Kaabah ini diperbuat pada zaman Amirul Mukminin, Ibn al-Muqtadi Abu Ja'far al-Mustansir Abu'l-Abbas 573'.
Namun, satu analisis yang dijalankan oleh pakar Muzium Britain, Cik Venetia Porter, dan beberapa pakar lain merumuskan kunci itu mungkin dibuat pada abad ke-19 atau lebih baru.
Para pakar itu menjumpai beberapa kejanggalan pada ukiran yang terdapat pada kunci itu apabila dibanding dengan kunci Kaabah yang ada di Masjidil Haram di Makkah.
'Sotheby's akur wujud kejanggalan pada ukiran tetapi tidak dapat merumuskan adakah kunci itu tidak asli,' kata jurucakap itu.
Menurutnya, lebih banyak maklumat diperlukan untuk memastikan ia benar-benar kunci Kaabah. - AFP.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan