Selasa, 23 September 2008

Gambar Kes Kecurian di PMU Bukit Keteri, Perlis

Lelaki mati ketika curi kabel elektrik
16/09/08 Jam 2.30am

PADANG BESAR 16 Sept. — Seorang lelaki berusia 27 tahun rentung terkena kejutan elektrik ketika dipercayai cuba mencuri kabel di stesen pencawang Tenaga Nasional Berhad Bukit Keteri hari ini.

Ketua Polis Daerah Padang Besar Supt Che Man Md Dros berkata dalam kejadian pada 2.20 pagi tadi, satu letupan berlaku ketika lelaki itu sedang menanggalkan besi di situ.

“Kejadian itu menyebabkan bekalan elektrik ke sebahagian kawasan Mata Ayer dan Padang Besar termasuk pejabat saya, terputus,” katanya. - Bernama


Tiada ulasan:

Catat Ulasan