Selasa, 23 September 2008

Batu permata berat 478 karat

SEBUTIR batu permata yang berat hampir 500 karat ini dipamerkan di London kelmarin.

LONDON - Sebutir batu permata seberat 478 karat dengan tahap kejernihan baik dipercayai merupakan penemuan yang ke-20 terbesar pernah dijumpai di dunia, lapor sebuah akhbar semalam.

Batu permata itu dijumpai pada awal minggu lepas di Lombong Letseng, Lesotho di Afrika.


Sebelum ini, sebutir batu permata yang sama saiznya dari lombong yang sama dijual pada harga AS$12 juta (RM41 juta).

Namun batu permata yang baru ditemui itu belum dicanai dan mempunyai kejernihan sekali gus dijangka mencapai harga berjuta-juta dolar sekiranya dicanai.

Pakar-pakar menjangkakan batu itu berupaya menghasilkan batu permata 150 karat yang sudah dicanai.

Seorang jurucakap Gem Diamonds berkata, pemeriksaan awal mendapati kejernihan berlian itu langsung tidak mempunyai kecacatan.

Lombong itu dimiliki oleh syarikat pengedar berlian terkenal De Beers.


Sehingga kini syarikat berkenaan telah mengeluar tiga daripada batu permata terbesar dunia iaitu Lesotho Promise seberat 603 karat, Leteng Legacy seberat 493 karat dan Lesotho Brown seberat 601 karat. - Agensi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan