Jumaat, 8 Ogos 2008

Ujian DNA ke atas janin mumia

KAHERAH 7 Ogos - Mesir akan menjalankan ujian DNA ke atas dua janin mumia yang ditemui dalam keranda Tutankhamun bagi menentukan sama ada janin-janin itu adalah anak raja tersebut atau sebaliknya.

Media tempatan melaporkan, kedua-dua janin itu ditemui dalam keranda raja tersebut pada 1922 oleh pengkaji sejarah Britain, Howard Carter dan disimpan di Universiti Kaherah.

Menurut Ketua Jabatan Arkib Mesir, Zahi Hawass, ujian DNA itu bagi menentukan sama ada janin itu milik pasangan Tutankhamun dan isterinya, Ankhesenpamon iaitu anak perempuan Ratu Nefertiti yang terkenal dalam sejarah.

"Ujian itu akan membantu Mesir mengenal pasti keluarga Tutankhamun, terutama siapa ibu bapanya," katanya.

Beliau berkata, keputusan ujian itu akan turut membantu mengesan mumia Ratu Nefertiti.


Tahun lalu, wajah sebenar mumia budak lelaki didakwa Firaun semasa berusia sembilan tahun, telah didedahkan kepada umum selepas kematiannya lebih 3,000 tahun lalu. - AFP

Tiada ulasan:

Catat Ulasan