Khamis, 7 Ogos 2008

Pasangan romantik tak curang

FLORIDA: Pasangan yang mengamalkan aksi romantik seperti mengirim surat cinta atau bersiar-siar bukan sekadar mampu memenangi hati insan tersayang tetapi dapat menghangatkan lagi percintaan, dakwa satu kajian terbaru Amerika Syarikat.

Lebih penting lagi, memikirkan perasaan sayang dan sentiasa mengenang orang tersayang juga antara faktor yang mampu mengelak seseorang itu curang, lapor edisi terbaru jurnal Evolution and Human Behaviour.

Hanya berfikiran sedemikian akan menjadikan kita tidak tertarik kepada orang lain sekali gus membahagiakan hubungan sedia ada,” kata Ketua Pakar Psikologi Universiti Florida State, Dr Jon Maner yang mengetuai kajian terbaru berkenaan.

Kajian ke atas 113 pelajar yang sedang menjalin hubungan cinta, juga mengiyakan apa yang sememangnya dipercayai ramai serta saintis - cinta sememangnya menjadikan kita buta.

Hasil kajian itu juga sekali gus dapat menegaskan alasan mengapa manusia mampu menjalin hubungan dengan seorang pasangan seumur hidup mereka.

Penyelidik itu juga percaya keinginan untuk menulis surat cinta mengenai pasangan, dikaitkan dengan penghasilan hormon dikenali oxytocin atau hormon ‘pelukan,’ yang berperanan mengukuhkan ikatan perhubungan dan mencetuskan rasa kasih sayang. - Agensi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan