Mensyukuri nikmat dapat menolak azab. Meninggalkan perbuatan dosa dapat menghidupkan hati. Mampu mengalahkan nafsu adalah suatu kenikmatan yang agung.
Sepotong roti kering dengan hati damai lebih nikmat daripada sebaldi madu dengan hati penuh ketakutan. Sebuah beca namun tertutup dari aib lebih baik daripada istana yang penuh dengan dusta.
Kegembiraan dengan ilmu akan berlangsung lama, kejayaannya akan kekal selalu dikenang. Kegembiraan dengan harta tidak berlangsung lama, kejayaannya akan lenyap dan kenangannya akan segera lenyap.
Gembira dengan dunia adalah gembiranya seorang anak kecil. Gembira dengan keimanan adalaah gembiranya orang abrar (orang-orang yang berbakti). Menjadi hamba harta adalah suatu kehinaan sedang berbuat kerana ALLAH adalah suatu kemuliaan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan