Justeru, mereka berkata, kerajaan dan komuniti kesihatan perlu menggalakkan khatan bagi menghalang jangkitan virus itu terutama di negara yang berisiko tinggi di timur dan selatan Afrika.
Tiga kajian yang dilakukan pada 2006 menunjukkan bukti kuat bahawa khatan terhadap lelaki mampu menghalang jangkitan HIV tetapi tidak banyak usaha dilakukan bagi menggalakkan penduduk mengamalkan kaedah itu.
Ketua Jabatan HIV Kumpulan Perkhidmatan Penduduk Antarabangsa iaitu sebuah badan bukan kerajaan di Amerika Syarikat (AS), Dvora Joseph, berkata walaupun terdapat penduduk yang mula menerima kaedah itu, stigma khatan ternyata masih menebal.
"Ini adalah seruan untuk bertindak, untuk melakukan khatan. Walaupun sudah dua tahun dan kekurangan dana, fokus untuk meningkatkan usaha dan banyak lagi yang perlu dilakukan bagi mencapai ke arah itu. Tiada kempen khatan terhadap lelaki untuk mempromosikannya, banyak pendidikan yang perlu diberikan," katanya. - bh
Tiada ulasan:
Catat Ulasan