TNB : 01 Julai 2008
Hari ini bermulanya Tarif baru ElektikTarif baru ini, Tenaga Nasional Berhad (TNB) menetapkan pengguna domestik masih layak menikmati kadar tarif sedia ada (21.8 sen/kWj) sekiranya penggunaan bulanan mereka berada di bawah 200 kilowatt jam (kWj).
Namun bagi penggunaan berikutnya iaitu antara 201 kWj hingga 400 kWj pula, pengguna perlu membayar kadar 34.5 sen seunit kWj dan perubahan harga akan berlaku bagi setiap 100 kWj berikutnya iaitu 30 sen (401-500 kWj), 39 sen (501-600 kWj), 40 sen (601-700 kWj), 41 sen (701-800 kWj) dan 43 sen (801-900 kWj). Pengguna domestik akan membayar maksimum 46 sen bagi setiap kWj untuk penggunaan melebihi 901 kWj.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan