Rabu, 23 Julai 2008

Tempat kerja punca ramai pekak

BANGI – Kebisingan di tempat kerja dikenal pasti penyumbang utama kepada masalah pendengaran yang serius di kalangan rakyat di negara ini, kata Menteri Kesihatan, Datuk Liow Tiong Lai.

Beliau berkata, jumlah mereka yang mengalami masalah pendengaran akibat kebisingan itu terus menunjukkan peningkatan setiap tahun berbanding kecacatan semula jadi atau cacat pendengaran sejak lahir.

Kajian Institut Kesihatan Umum menunjukkan 424,000 penduduk negara ini dikesan mengalami masalah kepekakan akibat kebisingan di tempat kerja yang berpunca kepada pendedahan terlalu lama terhadap bunyi bising daripada peralatan seperti mesin dan jentera.


Masalah ini perlu diberikan perhatian serius dan ditangani segera kerana jika berlaku kerosakan pada saraf telinga yang berpunca daripada kebisingan ia akan menjadi kecacatan kekal dan tidak akan pulih,’’ katanya kepada pemberita selepas merasmikan kempen ‘Jom Dengar’ di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di sini semalam.

Liow berkata, masalah juga disebabkan tahap kesedaran yang rendah di kalangan majikan atau pekerja memandangkan hanya 23 peratus sahaja pekerja yang menggunakan alat pelindung pendengaran. - Kosmo!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan