Isnin, 7 Julai 2008

Spesies orang utan bakal pupus menjelang 2011

BANGKOK: Orang utan bakal menjadi spesies terancam pertama yang akan pupus menjelang 2011, jika tiada sebarang tindakan diambil untuk melindunginya daripada pencerobohan manusia di habitatnya di Asia Tenggara kata satu kajian terbaru.
Saintis dari Great Ape Trust di Iowa, Amerika, Serge Wich, berkata bilangan orang utan di Indonesia dan Malaysia merosot secara mendadak sejak 2004, kebanyakannya kerana pembalakan dan pembukaan tanah.
Beliau yang menjalankan satu kajian bersama 15 rakannya mendapati populasi orang utan di Sumatera, Indonesia berkurangan hampir 14 peratus sejak 2004, kepada 6,600 saja, manakala haiwan itu tidak ditemui langsung di wilayah Aceh.

Kajian itu yang disiarkan di jurnal sains Oryx edisi bulan ini mendapati populasi haiwan itu di wilayah Malaysia di pulau Borneo merosot 10 peratus kepada 49,600 ekor.

"Perkembangan ini amat mendukacitakan walaupun pelbagai usaha pemuliharaan sudah dilaksanakan. Kemerosotan bilangan orang utan di Borneo sudah berada pada peringkat 'amaran', " katanya. - AP

bh

Tiada ulasan:

Catat Ulasan