Isnin, 7 Julai 2008

Serbuk penaik bantu berenang lebih pantas

NEW YORK: Makanan tambahan yang mengandungi sodium bikarbonat - atau lebih dikenali dengan serbuk penaik - pasti dapat membantu perenang berenang dengan lebih pantas.

Penyelidik Britain mendapati apabila memberikan makanan tambahan mengandungi bahan itu kepada sembilan perenang sejam sebelum acara renang 200 meter, perenang berjaya mengatasi persembahan biasa mereka.

Hasil kajian, yang disiarkan dalam International Journal of Sports Medicine, memberikan bukti untuk menyokong apa yang ketika itu dilakukan oleh atlit elit.

"Bukan perkara luar biasa bagi perenang kelas atasan mengambil serbuk penaik sebelum pertandingan," kata penyelidik kanan kajian itu, Dr Jonathan P Folland.
Sodium bikarbonat secara semula jadi mengurangkan asid dan menjadi bahan dalam beberapa antasid digunakan untuk merawat pedih ulu hati.
Apabila senaman keras jangka pendek, otot mula mengeluarkan asid laktik menyebabkan keletihan. Sodium bikarbonat bertindak sebagai 'penampan' menahan asid itu. - Reuters

bh

Tiada ulasan:

Catat Ulasan