Selasa, 8 Julai 2008

Senyuman bayi beri perangsang kepada ibu

LONDON: Senyuman bayi sudah cukup memberikan perangsang kepada ibunya kerana ia boleh mencetuskan 'keseronokan' pada bahagian otak yang berurusan dengan sensasi ganjaran dan kegembiraan.

Saintis menjalankan ujian imbasan otak MRI ke atas 28 wanita yang menjadi ibu buat kali pertama kepada bayi berusia antara lima hingga 10 bulan.

Mereka kemudian diminta melihat gambar bayi sendiri dan bayi orang lain. Sebahagian gambar menunjukkan bayi tersenyum, mana-kala sebahagian lagi sedih atau biasa.

Apabila ibu melihat pada wajah itu, mesin menunjukkan aliran darah ke dalam otak mereka dan mendedah-kan bahagian paling aktif pada bila-bila masa.

Ketika ibu mengenal pasti anak masing-masing, kawasan otak yang berkaitan dengan ‘ganjaran’ digerakkan dan kimia dopamine pada otak dilihat aktif.
Dopamine ialah kimia mesej utama pada tubuh, penting untuk proses pembelajaran, motivasi, tidur dan mengawal pergerakan.
Kekuatan reaksi bergantung pada gambaran bayi dan wajah yang tersenyum mencetuskan reaksi terbesar, manakala wajah biasa atau kelihatan sedih menunjukkan tindak balas paling sedikit.

Dr Lane Strathearn, yang menjalankan kajian di Hospital Kanak-Kanak Texas, berkata: “Ia adalah bahagian yang diaktifkan dalam uji kaji lain berkai-tan dengan pemancar saraf dopamine. Kemungkinan melihat wajah bayi sendiri yang tersenyum seperti mem-peroleh perangsang semula jadi.”
Dalam kajian, bayi menangis memberikan sedikit perbezaan kepada pusat ganjaran otak. Malah, ibu memberi reaksi kepada bayi sendiri yang menangis dengan cara sama seperti bayi orang lain menangis.
Penyelidik berkata, hasil kajian yang disiarkan dalam jurnal perubatan Pediatrics, menjelaskan ikatan kuat antara ibu dan bayi. - Agensi

bh

Tiada ulasan:

Catat Ulasan