Sabtu, 12 Julai 2008

Pemeriksaan Gigi Bagi Bayi Diwajibkan Di Semua Hospital, Klinik Kerajaan

KUALA LUMPUR, 11 Julai - Kementerian Kesihatan menjadikan pemeriksaan kesihatan gigi dan mulut terhadap bayi sejak mereka berusia setahun, sebagai sesuatu yang wajib di semua hospital dan klinik kerajaan, berkuatkuasa serta merta.

Menteri berkenaan Datuk Liow Tiong Lai berkata pemeriksaan itu akan dilakukan apabila seseorang bayi dibawa untuk menjalani pemeriksaan kesihatan bulanan.

"Ia akan menjadi sebahagian daripada proses pemeriksaan. Kami mahu, apabila ibu bapa membawa anak mereka mendapatkan pemeriksaan perubatan setiap bulan, kanak-kanak itu juga akan menjalani pemeriksaan berkaitan kebersihan mulut," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Persatuan Pergigian Paediatrik Asia keenam di sini hari ini. - bernama

Tiada ulasan:

Catat Ulasan