LONDON: Anggapan lelaki menilai wanita berdasarkan rupa paras semata-mata disangkal satu kajian baru yang mendapati wanita kurang menarik turut boleh menyebabkan hormon mereka meningkat.
Penyelidikan membabitkan sekumpulan penuntut lelaki mendapati paras hormon seksual 'testosterone' mereka meningkat ke tahap lebih tinggi sama ada bercakap dengan wanita muda yang didapati menarik atau seseorang yang mereka tidak begitu berminat.Penulis kajian percaya, pertambahan dalam hormon itu mungkin secara automatik atau reaksi tidak disedari pada lelaki apabila berdepan dengan wanita, untuk menyediakan mereka bagi kemungkinan peluang menjalin hubungan.
Selepas 300 saat bersama dalam satu bilik dengan seorang wanita yang tidak pernah ditemui sebelum ini dan dalam sesetengah kes wanita berkenaan tidak begitu cantik, paras hormon testosterone lelaki bertambah kepada purata kira-kira lapan peratus.
Kajian berkenaan, yang disiarkan dalam jurnal Hormones and Behaviour, membabitkan 63 penuntut lelaki berusia 21 hingga 25 tahun yang tidak tahu tujuan penyelidikan.
Paras 'testosterone' diukur dengan contoh air liur dan mereka kemudian dibawa ke bilik lain oleh penyelidikan dengan alasan menyelesaikan teka teki sudoku.
Dalam bilik sama, seorang lelaki atau wanita lain kelihatan menyelesaikan masalah sama tetapi sebenarnya bersikap mendorong. Wanita pula dipilih berdasarkan kecantikan.
Mereka kemudian dibiarkan bersendirian selama lima minit. Peserta pendorong diminta berbual dalam keadaan biasa atau dibenarkan berdiam diri jika lelaki memilik untuk tidak bercakap. - Agensi
bh
Tiada ulasan:
Catat Ulasan