Bukti perubatan menegaskan aktiviti praktikal bukan saja berkesan merangsang bahagian otak ia juga sejenis 'senaman' untuk mengukuhkan kaitan saraf.
Laporan berkenaan meningkatkan kebimbangan berhubung keghairahan sekolah mengurangkan aktiviti praktikal seperti skil menggunakan kayu, logam, kraftangan dan mekanik.
Di rumah pula, kanak-kanak lebih berkemungkinan menekan butang pada papan kekunci atau tetikus daripada menggunakan kotak peralatan kerja.
"Ada alasan saraf dan kognitif mengapa kanak-kanak perlu berpengalaman menggunakan tangan dalam elemen kehidupan seharian mereka. Menggunakan tangan menjadikan kanak-kanak lebih pintar," kata pakar psikologi, Dr Aric Sigman.
Dr Sigman mendakwa Britain semakin menjadi 'masyarakat program komputer berbanding pemutar skru' dengan implikasi serius pada ekonomi.
Generasi sekarang tidak mampu menangani masalah biasa mekanikal, katanya.
"Mereka nampaknya terlepas beberapa bahagian tertentu perkembangan kognitif kerana tidak pernah memegang sepanar atau memperbaiki enjin yang mudah," menurut laporan.
Penyelidikan mendapati kanak-kanak hari ini sudah pun ketinggalan dalam bahagian penting perkembangan kognitif menjelang usia 11 tahun, manakala kajian selama 30 tahun yang diterbitkan dua tahun lalu mendapati pemahaman kanak-kanak mengenai konsep saintifik utama seperti isi padu, kepadatan, kuantiti dan berat jatuh 'secara drastik' sejak dekad lalu.
Penyelidik, Profesor Michael Shayer, berkata persembahan budak berusia 11 tahun pada 1975 dalam pertengahan 1990-an adalah sama, tetapi jatuh menjelang 2004.
Penyelidikannya mendapat komputer daripada aktiviti berasaskan skrin menggantikan permainan luar rumah yang memberi kesan kepada hasilnya. - Agensi
bh
Tiada ulasan:
Catat Ulasan