Jumaat, 11 Julai 2008

Kad kredit tanpa baki tertunggak nikmati 20 hari bebas faedah

KUALA LUMPUR 10 Julai – Pemegang kad kredit hanya berpeluang menikmati 20 hari tempoh bebas bayaran faedah sekiranya tidak mempunyai baki tertunggak meskipun Bank Negara Malaysia (BNM) memperkenalkan tiga struktur harga berperingkat mulai 1 Julai lalu.

Pengerusi Kumpulan Kad Kebangsaan, Gan Kheng Chai berkata, pengenalan itu bertujuan menyemai disiplin pengurusan kewangan yang berhemah di kalangan pengguna kad kredit di Malaysia.

‘‘Malaysia adalah satu-satunya negara di dunia yang memberikan 20 hari tempoh bebas bayaran faedah,” katanya pada taklimat media oleh BNM tentang pengenalan tiga struktur harga berperingkat kad kredit, di sini hari ini.

Kheng Chai menambah, sebelum ini pemberian tempoh bebas bayaran faedah selama 20 hari, dinikmati secara automatik oleh semua pemegang kad kredit tanpa mengambil kira jumlah tunggakan bulanan kad kredit.


Menurut Kheng Chai, pelaksanaan struktur harga berperingkat itu akan meringankan beban kos pemegang kad kredit berbanding kadar tetap lama iaitu sebanyak 18 peratus. - utusan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan