KUALA LUMPUR – Kegiatan penipuan yang semakin berleluasa membabitkan peraduan khidmat pesanan ringkas (SMS) mendorong Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA) meminta kerajaan mengharamkan perkhidmatan seumpama itu.
Pengarah Komunikasi FOMCA, Mohd. Yusof Abdul Rahman berkata, kegiatan itu sudah seperti tidak dapat dikawal memandangkan ramai pihak berminat menjadi penganjur kerana mudah mendapat keuntungan.
“Hanya khidmat SMS yang berguna seperti maklumat lalu lintas, info kerajaan, saman trafik, perbankan SMS dan lain-lain patut dibenarkan,” ujarnya ketika dihubungi semalam.
Beliau mengulas laporan Kosmo! semalam mengenai 964 kes penipuan termasuk sindiket tipu SMS melibatkan kerugian sebanyak RM128 juta di Lembah Klang sepanjang enam bulan pertama tahun ini.
Setiausaha Agung Persatuan Pengguna Islam Malaysia, Datuk Dr. Ma'amor Osman pula berkata, ia berpunca akibat penguatkuasaan longgar. - Kosmo!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan