Ini meletakkan penulis wanita itu mengatasi nama besar billionair lain seperti pengacara popular program bual bicara Amerika Syarikat, Oprah Winfrey yang meraih pendapatan £137.5 juta (RM962.5 juta).
Buku Harry Potter dalam beberapa siri yang bertumpu pengalaman budak lelaki yang memiliki kuasa ajaib, dijual kira-kira 375 juta naskhah di seluruh dunia.
Malah, menurut Forbes, buku terbaru Harry Potter And The Deathly Hallows, dijual 44 juta naskhah selepas berada di pasaran sejak Julai tahun lalu.
Pelakon berusia 39 tahun itu mengatasi aktor yang tidak kurang hebatnya, Johnny Depp, di tempat kedua dengan pendapatan £36 juta (RM234 juta).
Knightley yang berusia 23 tahun, turut mengenepikan pelakon lebih ‘senior’ seperti Angelina Jolie, Jodie Foster dan Gwyneth Paltrow.
Jolie yang menjadi aktres paling popular dan sering menjadi bualan, sebaliknya berada di tangga ke-10 senarai itu dengan pendapatan kira-kira £7 juta (RM49 juta).
Turut tersenarai di senarai teratas adalah barisan pelakon muda di Britain dan Hollywood iaitu pelakon watak Harry Potter di layar perak, Daniel Radcliffe yang cuma berusia 19 tahun, berkongsi tempat dengan pelakon siri Hannah Montana, Miley Cyrus, 15, dengan kedua-duanya masing-masing memperoleh pendapatan £12.5 juta (RM87.5 juta), tahun lalu. - Agensi
bh & forbes
Tiada ulasan:
Catat Ulasan