Pelan Penambahan Simpanan itu akan membolehkan anak serta pasangan suami isteri menambah simpanan ibu bapa atau pasangan masing-masing.Menurut Ketua Bahagian Pembangunan Organisasi KWSP, Hizwani Hassan untuk membuat penambahan simpanan, anak ataupun pasangan tidak semestinya ahli KWSP.
“Melalui perubahan ini, tambahan simpanan boleh dimasukkan ke akaun 1 ahli secara tunai atau cek di kaunter perkhidmatan cawangan-cawangan utama KWSP dan had minimum yang dikenakan adalah RM50 bagi setiap penambahan simpanan.
“Bagaimanapun jumlah ini tidak boleh diambil semula atau dipindah dari akaun KWSP penambah simpanan berkenaan,’’ jelasnya dalam satu kenyataan semalam.
Katanya,
skim Tuntutan Harta Perkahwinan pula diperkenalkan bagi membolehkan KWSP mematuhi perintah mahkamah berhubung tuntutan harta perkahwinan ke atas simpanan KWSP jika berlaku penceraian.Bagaimanapun katanya, perubahan itu hanya tertakluk kepada ahli bukan Islam sahaja kerana Majlis Fatwa Kebangsaan telah memutuskan bahawa wang simpanan KWSP adalah harta pusaka dan bukannya harta sepencarian. - Kosmo!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan