Isnin, 21 Julai 2008

Dengkur ikan dedah vokal suara purba

SPESIES ikan tembakul banyak mendiami pantai berlumpur di Amerika Syarikat.

WASHINGTON DC - Saintis Amerika Syarikat giat mengkaji corak kepelbagaian dengkuran ikan tembakul yang mendedahkan asal-usul kepada vokal suara hidupan purba lebih 400 juta tahun dahulu.

Spesies ikan lumpur itu lazimnya menggunakan aneka dengkuran kuat untuk memikat pasangan selain menakutkan musuh mereka, menurut kajian yang diterbitkan di dalam keluaran terbaru jurnal ternama, The Science di sini semalam.

Penyelidik dari Universiti Cornell, Prof. Andrew Bass berkata, setakat ini mereka berjaya menemui beberapa bahagian pada otak ikan itu memacu bunyi vokal dengkuran yang dianggap menyerupai suara komunikasi haiwan zaman kuno.

"Kebanyakan suara ikan jarang dapat didengar manusia, tidak seperti burung atau katak tetapi komunikasi sosial antara mereka adalah evolusi yang tidak banyak berubah sejak dulu," katanya. - Agensi

Kosmo!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan