Selasa, 29 Julai 2008

Coli tak ikut saiz rosak payu dara

Wanita tak pentingkan ukuran pakaian dalam

LONDON: Wanita berisiko merosakkan payu dara mereka tanpa menyedarinya dengan memakai coli salah dan penyelidik menekankan sikap tidak ambil peduli atau malu mendorong wanita memilih jenis coli yang tidak betul untuk menyokong payu dara masing-masing.

Pasukan penyelidik biomekanik payu dara Jabatan Sains Sukan Universiti Portsmouth berkata, pemakaian jenis coli yang salah boleh membawa ligamen yang lemah menjadi tegang.

Mereka menguji 50 reka bentuk coli ke atas beratus-ratus wanita sejak tiga tahun lalu dengan pengawasan Dr Joanna Scurr.

Penyelidikan menunjukkan payu dara bergerak sehingga 21 sentimeter ketika bersenam dan ia bergerak ke atas dan ke bawah, ke dalam dan ke luar serta dari sisi ke sisi. Kebanyakan coli dihasilkan untuk mengehadkan pergerakan menegak.


Penyelidik pasukan Dr Scurr, Wendy Hedger, berkata: "Ramai wanita cenderung memilih jenis coli tertentu dan tidak akan membeli yang lain.

"Mereka tidak akan memandang pada sesuatu yang tidak kelihatan seperti jenis coli biasa dipakai. Coli sukan, sebagai contoh, ramai wanita tidak akan membeli coli serupa dengan coli dipakai setiap hari - mereka menyangka jika ia tidak boleh diregang, ia bukan coli sukan.

"Ini tidak benar dan banyak coli sukan mempunyai sokongan belakang seperti coli biasa dan amat bagus dalam menyokong wanita."

Katanya, sesetengah wanita menyebabkan payu dara mereka sakit atau tidak selesa kerana tidak membeli coli bersaiz tepat.

"Ada stigma sosial mengenai saiz tertentu. Ramai wanita tidak mahu dilihat mempunyai payu dara terlalu kecil atau terlalu besar dan membeli coli yang tidak muat betul dalam usaha membuatkan mereka memiliki saiz payu dara normal. - Agensi

bh

Tiada ulasan:

Catat Ulasan