Khamis, 31 Julai 2008

Artik mewah dengan stok minyak, gas

NEW YORK - Kawasan berais kutub utara kini dikenal pasti mengandungi simpanan lebih 90 bilion tong minyak mentah, menurut satu pendedahan terbaru oleh agensi kajian geologi Amerika Syarikat (USGS).

Badan itu mendakwa, tempat tersebut menyimpan tiga kali ganda lebih banyak minyak dan gas asli namun USGS memberi amaran bahawa usaha cari gali di kutub utara boleh mengancam sistem alam sekitar global.

Kajian USGS itu adalah kali pertama dijalankan dan agensi tersebut menjangkakan keseluruhan Artik mengandungi 13 peratus daripada stok minyak dunia dan baki 30 peratus simpanan gas asli sejagat. - Agensi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan