27. Penawar Resdong
* Penyebab resdung adalah kekotoran / hama yang kita sedut melalui pernafasan. Sedut air kedalam hidung ( seperti berwuduk ) kemudian picit sebelah hidung dan hembuskan sekuat hati, buat berulang kali sehingga kedua-dua belah selesai. Selepas itu basuh muka sebersih-bersihnya. Lakukan ini setiap kali sampai kesatu destinasi, baik kepejabat, bersantai, beriadah pulang kerumah malah kemana saja. Amal kesannya sungguh menakjubkan.
32. Menurunkan Darah Tinggi
a. Ambil segenggam daun kucai, basuh bersih selepas itu masukkan kedalam mesin bersama dengan sedikit gula batu yang telah dihancurkan. Mesin sehingga lumat atau hancur ( jangan campur dengan air ) bagi mendapatkan patinya sahaja. Masukkan kedalam bekas mangkuk atau cawan, selepas itu embunkan sehingga pagi. Bila bangun pagi sebelum minum atau makan hendaklah diminum air pati daun kucai serta dengan selawat 3 kali. amalkan selama tiga hari, selepas itu jumpalah doktor untuk buat pengesahan. Insyaalah darah tinggi akan jadi normal.
b. Untuk cepat menurunkan darah tinggi ketika diserang darah tinggi.Pertama buat dua rakaat solat hajat mohon pada allah. Kedua ambil beberapa ulas bawang putih , mesin jadikan jus dan ambil 6 titik jus tadi di masukkan kedalan segelas air dan di minum 3 kali sehari , Insyaallah dengan izin Allah, selamat mencuba.
c. Ambil pucuk betik jantan direbus dan dibuat kerabu ia juga bolih direbus dan dimakan bersama sambal belacan. Pahit sikit tapi baik untuk yang sakit darah tinggi. Insyaallah semoga ianya berjaya.
d. Minumlah air rebusan pokok Hempedu Bumi Pokok Cerita atau Minumlah air rebusan daun Pokok Ati-ati atau Makanlah biji buah Peria atau Makanlah pucuk Pokok Pala sebagai ulam atau Minumlah air rebusan Pokok Dukung Anak atau Minum air rebusan taugeh seminggu sekali. Air dan taugeh hendaklah sama nisbahnya atau Rebus daun pandan wangi secukupnya dengan dua gelas air. Biarkan hingga tinggal setengah gelas sahaja. Minum setiap pagi dan petang atau Makanlah 3 ulas bawang putih mentah. Jika tidak tahan baunya, bolehlah direbus atau Parutkan kunyit sebesar ibu jari. Perahairnya dan tambah dua sudu madu. Minum ramuan ini setiap pagi dan petang.
sumber ini saya ambil petikannya daripada 138 koleksi Petua dari blog think e a s y for thinking yang boleh dijadikan panduan oleh kita semua antaranya seperti diatas ;-))

Tiada ulasan:
Catat Ulasan