Isnin, 3 Mac 2008

Terminator 4 ditayangkan 2009

LOS ANGELES - Studio filem aksi terkenal The Terminator akhirnya mengumumkan sekuel keempat filem tersebut, Terminator Salvation: The Future Begin bakal ditayangkan pada 22 Mei 2009.

Ia turut menyaksikan aktor filem Batman, Christian Bales melakonkan watak ketua pemberontak, John Connor dan sekuel triologi terbaru kali ini hasil arahan sutradara filem Charlie's Angels, McG.

Pengambaran filem Terminator 4 akan bermula pada Mei tahun ini di New Mexico, Amerika Syarikat (AS) dan seterusnya mencipta sejarah apabila menjadi filem terbesar yang pernah diarahkan di negeri bergurun tersebut.

Menurut McG, New Mexico dipilih kerana memenuhi gambaran kegersangan wilayah futuristik AS Barat sesuai mengisahkan seorang lelaki mencari nilai kepercayaan diri sendiri dan pengikutnya.

"Ia satu perjalanan panjang dengan keadaan landskap yang kritikal," ujarnya sambil berharap ia mampu mengulangi kejayaan filem Terminator 3: Rise of the Machines yang memperoleh kutipan AS$150 juta di seluruh AS.

Sekual ketiga itu dilakonkan aktor kelahiran Austria, Arnold Schwarzenegger sebelum beliau dipilih menjadi gabenor negeri California dan ditayangkan di seluruh dunia pada tahun 2003. - Agensi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan