Ekspatriat Asia memilih Singapura berbanding Hong Kong (tempat ke-15) dan Shanghai (ke-78) dan meletakkan Sydney, Melbourne dan Canberra serta dua bandar di Jepun, Kobe dan Yokohama dalam 10 senarai teratas lokasi pilihan, kata ECA International, perunding sumber manusia bagi syarikat multinasional.
Lee Quane, pengurus besar ECA International, berkata infrastruktur Singapura yang kukuh, kadar jenayah rendah dan persekitaran bersih menjadikannya negara pilihan untuk didiami.
Bandar di Timur Eropah seperti Bratislava dan Bucharest menunjukkan beberapa perubahan pada tinjauan tahun ini kerana tahap keselamatan, perumahan dan kesihatan ditingkatkan, kata tinjauan itu. - Reuters
Tiada ulasan:
Catat Ulasan