Pakar Pemakanan Universiti Sains Malaysia (USM), Dr. Wan Abdul Manan Wan Muda berkata, kajian itu boleh dilakukan menerusi inisiatif Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna.
Menurutnya, apa yang penting, penghasilan makanan khususnya roti tidak melanggar Akta Makanan 1985.
"Pengguna sering tertipu dengan pelbagai helah yang digunakan oleh peng- usaha makanan. Oleh itu pembelaan terhadap pengguna perlu lebih diperketatkan," katanya.
Beliau mengulas laporan Kosmo! semalam berhubung penggunaan bahan kimia seperti sodium steraoyl dan pengemulsi bertujuan mengelak roti cepat rosak atau berkulat dalam roti boleh menyebabkan seseorang itu pening kepala serta mengakibatkan kanak-kanak lebih hiperaktif.
Kajian Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) itu turut mendapati, lebihan kimia itu mungkin berpunca daripada kecuaian pada bahagian ramuan tanpa disedari ketika proses pengeluaran makanan.
Namun Pakar Pemakanan dan Dietetik, International Medical University (IMU), Prof. Dr. Fatimah Arshad yakin syarikat pembuat roti tempatan mengikut jumlah yang ditetapkan pihak berkuasa.
"Ini soal kawalan kualiti, malah jika dilanggar ada kemungkinan syarikat boleh diarah tutup," ujarnya ketika dihubungi semalam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan