Timbalan Ketua Daerah Polis Bricfields, Pemangku berkata Asmawi, anak bongsu daripada tujuh beradik itu, dilaporkan hilang oleh ibunya Superintenden Azri Abdul RahmanRozita Abu Hassan, 50, pada pukul 7.30 petang Ahad lepas apabila tidak pulang selepas bermain di taman itu yang terletak kira-kira 200 meter dari rumahnya.
"Kanak-kanak itu dilaporkan terpisah dengan kumpulan rakannya semasa hendak pulang pada petang hari kejadian, sebelum dilaporkan hilang.
"Pada hari itu, Asmawi memakai baju berlengan panjang berwarna merah jambu dan berseluar pendek kelabu," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
Berita kehilangan Asmawi itu turut disiarkan oleh sebuah stesen televisyen tempatan semalam yang memaparkan rayuan Rozita supaya sesiapa yang menemuinya anaknya itu segera menyerahkannya kembali.
Azri berkata polis juga kesal kerana hasil laporan di televisyen itu, ibu Asmawi menerima khidmat pesanan ringkas (SMS) yang mengugut supaya menyediakan wang tebusan bagi membebaskan Asmawi.
"Polis akan siasat SMS itu dan di sini saya menegaskan agar orang ramai tidak mengeruhkan keadaan dengan memberi maklumat palsu yang boleh menjejaskan siasatan," katanya.
Azri berkata polis juga akan menyiasat laporan seorang rakan Asmawi yang mendakwa melihat Asmawi merayau seorang diri di pusat membeli-belah Mid Valley kira-kira pukul 3.30 petang semalam.
"Asmawi, sebelum ini dikatakan gemar berkunjung ke pusat membeli-belah tersebut untuk bermain permainan video," katanya.
Beliau berkata polis akan ke pusat membeli-belah itu bagi mengesahkan kehadiran Asmawi di sana melalui kamera litar tertutup (CCTV) yang dipasang di kawasan tersebut.
Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai Asmawi di minta menghubungi Ibu pejabat Polis Daerah Brickfields di talian 03-22744465 atau mana-mana balai polis.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan