TAWAU: Seorang nelayan dari Sungai Pukol, Pulau Sebatik, dekat sini Husain Isnain, 38, terpegun bila mendapati seekor pari yang ditangkapnya tertera 18 perkataan "Allah" pada kiri kanan sebelah atas siripnya.
Husain membatalkan hasratnya untuk mengerat ekor pari itu, dari spesies Daun, yang tersangkut di pukatnya.
"Apabila saya amati, saya lihat sembilan perkataan "Allah" tertera di setiap sirip ikan itu," katanya kepada Bernama di sini Isnin.
Pari seberat kira-kira 20 kg itu ditangkap di luar pantai Sungai Pukol kira-kira pukul 10 pagi Jumaat (29 Feb. 2008) lepas.
Husain yang sudah 30 tahun menjadi nelayan, berhasrat menyimpan buat seketika ikan berkenaan. - Bernama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan