Selasa, 11 Mac 2008

Merokok punca strok

HONG KONG: Seorang daripada tujuh pesakit jantung di kalangan lelaki China adalah perokok, kata penyelidik di China dan Amerika Syarikat dalam satu kajian untuk mengenal tabiat berkenaan sebagai faktor risiko utama masalah organ itu.

Strok adalah punca kematian kedua tertinggi dan menjadi punca lumpuh berpanjangan utama di seluruh dunia. Sementara itu di China, pengeluar dan pengguna rokok utama dunia, kes sakit jantung adalah masalah utama.

Dalam satu artikel yang disiarkan dalam Strok: Journal Persatuan Jantung Amerika, penyelidik berkata pencegahan dan membuang tabiat merokok boleh mengurangkan serangan strok yang membawa maut sebanyak hampir lima peratus di negara itu.

Daripada risiko faktor yang menyebabkan serangan jantung, merokok mungkin juga membawa kepada tekanan darah tinggi,” kata Jiang He, yang mengetuai kajian dari Sekolah Kesihatan dan Perubatan Tropikal Universiti Tulane.

Kajian itu membabitkan 85,533 lelaki dan 86,336 wanita berusia lebih 40 tahun. Hampir 60 peratus adalah lelaki dan 13 peratus wanita yang merokok sejak kajian yang dimulakan pada 1991. - Reuters

Tiada ulasan:

Catat Ulasan