
Dalam kajian itu, penyelidik Universiti Kentucky melakukan sembilan ujian yang dikawal dengan meditasi sebagai amalan utama oleh penghidap tekanan darah tinggi yang menyertainya.
Apa didapati, amalan itu terbukti menjadi punca pengurangan tekanan darah sebanyak 4.7 milimeter (sistolik) dan 3.2 milimeter (diastolik).
Ketua penyelidik, Dr James W Anderson yang juga Profesor perubatan fakulti perubatan universiti itu mendakwa pengurangan tekanan darah sedemikian boleh mengurangkan ancaman atau risiko penyakit berkaitan, termasuk masalah jantung.
Lebih menarik lagi, pengurangan itu berlaku tanpa sebarang kesan sampingan pengambilan ubat berkaitan.
“Oleh itu, usaha memasukkan amalam meditasi juga menjadi sebahagian cara mengurangkan tekanan darah tinggi dan kesan sampingan ubat-ubatan,” katanya yang dipetik edisi terbaru American Journal of Hypertension. - Agensi
lebih utama sekiranya ada masa luangkan dengan berzikir dan baca al-quran adalah lebih baik.
BalasPadam