Pemangku Ketua Polis Daerah Brickfields, Supritendan Azri Abdul Rahman berkata, ini kerana tidak terdapat saksi yang melihat kanak-kanak itu diculik.
"Kita hanya melihat kes ini sebagai kes hilang dan pihak polis akan terus menjalankan siasatan berhubung kes tersebut," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Muhamad Asmawi dilaporkan hilang dalam perjalanan pulang bersama rakannya dari taman berdekatan Flat Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kerinchi pada 9 Mac lalu.
Semalam, polis membuat siasatan sama ada Muhamad Asmawi benar-benar dilihat berada di Mid Valley melalui rakaman kamera litar tertutup (CCTV).
Bagaimanapun Azri berkata, pihaknya tidak dapat memastikan gambar itu Muhamad Asmawi atau tidak kerana gambar CCTV tersebut tidak jelas.
"Polis ada menerima tiga keping gambar kanak-kanak dari CCTV itu yang dipercayai Muhamad Asmawi dengan berseluar pendek dan berbaju merah jamu tetapi gambar itu tidak jelas," ujarnya.
Beliau juga memberitahu, setakat ini tiada sebarang maklumat dan maklum balas diterima daripada orang ramai berhubung kes tersebut.
Azri berharap kanak-kanak itu ditemui segera dan meneruskan persekolahan yang akan bermula Isnin depan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan