
Kaedah yang dipraktikkan ini tidak harus diguna pakai untuk mendorong masyarakat membantu mencari kanak-kanak diculik kerana penculik mengambil kesempatan tampil hasil daripada ganjaran ini.
“Penculik sekarang ini lebih mengarah kepada cara mendapatkan wang dengan cepat, jadi mereka mengambil kesempatan untuk melakukan perbuatan itu.
“Contohnya, kes penculikan Sharlinie Mohd Nashar baru-baru ini, pelbagai pihak termasuk Badan Bukan Kerajaan (NGO) tampil menawarkan ganjaran sekiranya Sharlinie dijumpai, “katanya ketika dihubungi semalam.
Mengulas kes kehilangan kanak-kanak perempuan itu, Kamal Affendi menolak tanggapan bahawa Sharlinie diculik oleh pengamal ilmu hitam.
“Penculik ini melakukannya untuk mendapatkan sesuatu, namun setelah lama menyembunyikan kanak-kanak ini mereka tidak berani melepaskannya semula atas beberapa sebab,“ katanya.
Kamal Affendi berkata, walaupun ada beberapa kes seumpama ini yang belum diselesaikan, cara paling berkesan dilakukan anggota masyarakat adalah sentiasa berhubung rapat dengan pihak polis dan membantu mereka.
“Polis sudah ada strategi terbaik dalam operasi mencari dan mengesan kehilangan kanak-kanak diculik,“ katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan