Khamis, 6 Mac 2008

Bina Burj Dubai ditangguhkan

Gambar fail menunjukkan bangunan Burj Dubai dalam pembinaan di Emiriah Arab Bersatu.

DUBAI - Bangunan tertinggi dunia yang dalam pembinaan, Burj Dubai akan melibatkan tempoh yang lebih lama untuk disiapkan, kata pemajunya, Emmar Properties semalam.

Bangunan itu ketika ini setinggi lebih 500 meter di mana pemajunya menyatakan kerja-kerja pembinaannya akan ditangguhkan pada tahun depan.

Ia tidak memberikan maklumat lanjut tetapi akhbar Gulf News dan laman web ArabianBusiness.com menyatakan penangguhan itu dilakukan selama empat bulan.

Pemaju itu tidak memberikan punca penangguhan itu dan wakil syarikat berkenaan enggan menjawab panggilan telefon.

Jika siap nanti, bangunan itu mempunyai ketinggian 693 meter.

Pada musim panas lalu, syarikat pemaju tersebut menyatakan ketinggian ketika itu adalah 512 meter melepasi bangunan tertinggi di dunia Taipei 101 di Taiwan yang setinggi 508 meter.

Apabila siap nanti, Burj Dubai akan mempunyai lebih 160 tingkat, 56 lif, apartmen mewah, butik, kolam renang, spa, suite eksklusif korporat, hotel pertama Giorgio Armani dan paltform pemerhatian di tingkat 124. - AP

Tiada ulasan:

Catat Ulasan