
Penemuan sekumpulan saintis antikegemukan itu didedahkan menerusi American Journal of Clinical Nutrition berdasarkan kepada hasil uji kaji ke atas lebih 5,000 pasangan kembar seiras dan tidak seiras.
Mereka mendapati bahawa kira-kira 77 peratus perbezaan ketara antara indeks jisim badan dengan saiz pinggang disebabkan oleh keturunan yang boleh diatasi mudah menerusi diet seimbang dan senaman berkala.
Budak terlebih berat didapati cenderung gemuk keterlaluan atau obes ketika usia dewasa sekali gus meningkatkan risiko kepada pelbagai jenis pakej barah, serangan jantung, angin ahmar dan kencing manis.
Namun penemuan itu menimbulkan perdebatan kemungkinan baka memang diprogram daripada awal sebelum lahir untuk menjadi gemuk menurut kajian lain Pusat Penyelidikan Barah dan Tingkah Laku Sihat Britain.
Kajian dijalankan ke atas kembar seiras merupakan cara terbaik untuk menilai sejauh mana pengaruh warisan keturunan atau faktor pengaruh alam sekeliling terhadap perkembangan saiz badan kanak-kanak normal.
Ketua penyelidik, Prof. Jane Wardle berkata: "Adalah salah meletakkan beban budak gemuk kepada sikap manja ibu bapa memberi banyak makanan tetapi ia lebih kerana baka yang sejak awal memang mahu budak itu gemuk." - Agensi
Tiada ulasan:
Catat Ulasan