Prof Dr Balbir Singh dari Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan Unimas berkata tumpuan diberikan kepada kesan jangkitan terhadap manusia yang tinggal di kawasan berhampiran hutan seperti kawasan rumah panjang, kem pembalakan dan kawasan kebun kerana nyamuk tersebut hanya ditemui di kawasan hutan.
Beliau berkata sejak 2004, Unimas menjalankan kajian terperinci di bahagian Kapit Sarawak, untuk memastikan penyakit zoonosis membabitkan monyet yang menghidap malaria tidak memberi kesan kepada manusia.
Mengikut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), zoonosis boleh ditakrifkan sebagai jangkitan yang disebarkan secara sejadi antara haiwan vertebrat dan manusia.
"Berdasarkan kepada kajian dan pemerhatian melalui mikroskop, kita dapati sampel malaria yang dihidap monyet hampir sama dengan sampel malaria yang menyerang manusia," katanya kepada pemberita di sini Isnin.
Balbir berkata setakat ini belum ada sebarang kes kematian penyakit zoonosis yang membabitkan monyet yang menghidap malaria dengan manusia melalui gigitan nyamuk.
Sementara itu, Unimas akan menganjurkan simposium mengenai zoonosis dan penyakit berjangkit pada 21 dan 22 Jan ini.
Timbalan Naib Canselor (Kajian dan Inovasi) Prof Dr Murtedza Mohamed berkata simposium dua hari itu dijangka dihadiri beberapa pakar zoonosis dari luar negara seperti Amerika Syarikat dan Australia.
.
Jika anda mempunyai sebarang cadangan atau pandangan mengenai Artikel / 'Poasting' di atas, Kami mengalu-alukan komen anda kepada kami. [ sebarang aduan, cadangan, pendapat, rencana atau sebagainya ]
Tiada ulasan:
Catat Ulasan