Selasa, 8 Januari 2008

Salah jika simpan mykad orang lain

KUALA LUMPURPolis dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) menegaskan adalah menyalahi peraturan jika ada pihak memegang atau menyimpan kad pengenalan orang lain tanpa pengetahuan, persetujuan atau dengan unsur paksaan.

Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah 1 Bukit Aman, Datuk Acryll Sani Abdullah Sani berkata, mereka yang berbuat demikian boleh ditahan dan didakwa di mahkamah.

Jika peserta atau mana-mana orang awam yang meminta sendiri penganjur memegang kad pengenalan mereka dengan alasan takut hilang ketika mengikuti program, ia sukar untuk didakwa kerana ia kehendak peserta itu sendiri.

Bagaimanapun, pendakwaan boleh dilakukan jika penganjur meletak syarat atau ugutan tidak akan menerima peserta sekiranya mereka tidak memberi kad pengenalan untuk disimpan sepanjang program,” katanya ketika dihubungi semalam.

Pegawai Perhubungan Awam JPN, Janisah Mohd. Noor pula menegaskan, perbuatan itu menyalahi Akta Pendaftaran Negara 1959, Peraturan-peraturan Pendaftaran Negara (Pindaan) 2001.

Mengikut akta tersebut, mereka yang didapati bersalah boleh dipenjara tidak lebih tiga tahun dan denda tidak melebihi RM20,000,” jelas beliau.

Menurut Janisah, JPN juga tidak pernah membenarkan mana-mana pihak untuk memegang atau menyimpan MyKad atau kad pengenalan orang, apatah lagi untuk satu tempoh yang panjang.

Hanya polis, kastam, tentera dan pihak yang dibenarkan mengikut undang-undang sahaja boleh mengambil kad pengenalan atau MyKad orang awam, itupun bagi tujuan pemeriksaan,” jelasnya
.


Jika anda mempunyai sebarang cadangan atau pandangan mengenai Artikel / 'Poasting' di atas, Kami mengalu-alukan komen anda kepada kami. [ sebarang aduan, cadangan, pendapat, rencana atau sebagainya ]

Tiada ulasan:

Catat Ulasan