Dalam ucaptama Pameran Elektronik Pengguna, Gates memberi pujian bagaimana komputer dan Internet menjadi amat perlu dan tempoh 10 tahun akan datang bakal menyaksikan perubahan hebat dalam teknologi.
“Dekad digital pertama telah menjadi sesuatu yang sangat hebat.
“Ini hanya permulaan. Tidak ada apa yang akan menghalang kita daripada bergerak dengan lebih pantas dan jauh ke depan pada dekad digital kedua,” ujarnya.
Menurut Gates terdapat lebih satu bilion komputer peribadi di seluruh dunia dan lebih 40 peratus penduduk memiliki telefon mudah alih.
Katanya, dekad digital baru akan “tertumpu kepada pengguna” sementara media dan hiburan oleh tertumpu kepada perisian.
“Dekad digital kedua akan lebih memberi tumpuan kepada menghubungi manusia.
“Aplikasi-aplikasi akan diperoleh melalui Internet dan menggunakan sebaik mungkin perkhidmatan perisian,” tambah beliau.
Kenyataan beliau itu merupakan pengakuan bahawa pasaran semakin bergerak meninggalkan penjana kewangan kepada Microsoft iaitu perisian pakej yang dimuat turun ke dalam komputer pengguna.
Gates berkata, pengalaman video berdefinisi tinggi akan “diperoleh di mana-mana” sama ada dari televisyen hingga kepada projektor tayangan di dinding, malah di atas meja.
“Anda akan memperoleh data dengan mudah, tanpa perlu menggunakan jambatan antara peranti dan mengingati segala fungsinya,” jelas beliau. – AFP
.
Jika anda mempunyai sebarang cadangan atau pandangan mengenai Artikel / 'Poasting' di atas, Kami mengalu-alukan komen anda kepada kami. [ sebarang aduan, cadangan, pendapat, rencana atau sebagainya ]
Tiada ulasan:
Catat Ulasan