Khamis, 7 Ogos 2014

Mesir bina Terusan Suez baru

KAHERAH, 6 Ogos 2014 - Mesir merancang untuk membina Terusan Suez baru dalam satu projek bernilai berbilion dolar untuk melebarkan laluan perdagangan yang menghubungkan antara benua Eropah dan Asia itu.
 
"Projek baru ini akan mewujudkan satu lagi Terusan Suez berukuran 72 kilometer panjang, sama seperti terusan yang ada sekarang," kata Pengerusi Lembaga Terusan Suez, Mohab Mamish pada satu sidang akhbar di Ismailiya, semalam.
 
Tambahnya, projek bernilai AS$4 bilion (RM12.4 bilion) itu akan disiapkan dalam tempoh lima tahun dan melibatkan penyertaan 17 buah syarikat tempatan. - Reuters
 
 
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan